Ku Tinggalkan Cinta di Kundasang Sabah Part 2: First Day Acitivites

August 03, 2017

Assalamualaikum wbt




Ini adalah sambungan kepada entri Azie sebelum ni, kalau belum baca lagi boleh lah klik Part 1. So dah lepas Opening Ceremony tu kami proceed dengan aktiviti gotong royong. Kami dibahagi kepada beberapa groups dan setiap group akan dihantar ke tempat gotong royong masing-masing. 

Azie masuk dalam group yang kena tolong penduduk kampung masak-memasak. Yang paling dekat dengan makanan hehe. Sebelah dengan kawasan balai raya ni je. Yang satu group dengan Azie ialah Kak Syafa, Kak Aida, Sarah dan Atiqah serta Ismail. So kami pun pergi lah dekat kawasan orang tengah bergotong royong masak memasak tu.

Mula-mula Azie tanya jugak. mak cik apa yang nak kami buat? Kami kena tolong masak makanan untu Jamuan Raya Sekampung ni. Tapi mak cik - mak cik tu semua tak tau nak bagi kami buat apa. Nak potong-potong bawang ke sayur ke cili ke semua dah siap katanya.
















Last-last kami volunteer diri untuk basuh pinggan je. So mak cik kat situ pun bagi kami pinggan-pinggan yang dah tersimpan lama dalam storage box untuk dibilas-bilas biasa. Kalau ada kekotoran bersihkan guna sabun. Tapi sekali ambik, 4 storage box mak cik-makcik tu bagi kau haha












Gambar dari group lain pula di tempat masing-masing:



















Kak Maziah dan Kak Fatihah. Btw, ni lah Kak Fatihah yang buat surgery kat gigi Azie tempoh hari.
















Okay dah lepas basuh pinggan tu, apa lagi proceed dengan makan la. Basically masa tu macam-macam makanan ada, ada kuih muih tradisional, ada kari ayam, ada terung masak sambal, ada sambal ikan bilis dan kacang, ketupat, kuah kacang dan macam-macam lagi la.
















Sejujurnya, walaupun Azie yang paling dekat dengan makanan tapi rasa macam Azie yang paling sikit makan sobs sobss. Tak tau la kenapa, maybe sebab dah banyak makan mihun pagi tadi tu kot. Sebab mihum pagi tadi tu pun sedap juga. Kami ambil catering dari penduduk kampung tu jugak. Jadi tengah haritu maybe masih tak lapar betul-betul.



Ni je yang Azie makan. Menyesal pulak tak makan banyak-banyak sebab sedap sangat masakan mereka :'(










Dah lepas makan, balik homestay kejap solat Zuhur dan lepas Zuhur tu kami adakan Solat Workshop dekat surau kampung tu. Yang lelaki ada ustaz yang akan handle adik-adik lelaki, yang perempuan pula komiti yang akan handle. Tapi bahagian lelaki tu bukannya 100% fully di handle oleh ustaz la.

Ustaz handle anak-anak yang dah remaja sikit dan brothers UIA yang lain handle adik-adik yang lebih kecil. Dia orang divide kan dalam kumpulan yang lebih kecil, lepas tu setiap satu kumpulan tu ada sorang abang macam abang faci la konon-konon. Tapi ni untuk adik lelaki lah.
















Untuk adik-adik perempuan pulak, kami ajar sekaligus semuanya. Sebab bilangan adik perempuan tak seramai adik-adik lelaki. Adalah dalam 6-8 orang adik perempuan. Bilangan komiti sisters lagi ramai dari bilangan peserta perempuan.





























Tapi takpe, kami pun paham sebab semua penduduk kampung tengah busy dengan jamuan raya sekampung tu. Dia orang punya jamuan tu bukan macam kenduri kahwin yang hat sampai pukul 3pm tu je tapi sampai malam! So untuk aktiviti pertama yang kami anjurkan iaitu Solat Workshop ni mereka wakilkan anak masing-masing sahaja dahulu.

Lepas solat workshop tu, kami naik kejap ke bilik Dr Linda iaitu Dr Advisor kami. Dr pergi pasar buah yang kat bawah tu, dia beli buah lebih untuk kita orang, jadi dia pun ajak kita orang naik ke homestay dia untuk makan buah.








So lepas Solat Workshop tu, Azie balik bilik kejap sebab nak tengok condition roomates Azie. Oh btw, ni roomates yang satu bilik dengan Azie. Dari kiri Laila si pelajar PHD, Kak Ain Syafa ting tong, Kak Fatihah tak berapa nak matured, Kak Maziah peminat Kmovie, Kak Izza bakal Dr gigi, Umisha catering f(x) dan Azie paparazzi..




So balik semula ke bilik untuk melihat kondisi roomates ku yang lain sebab rasanya sebelum pergi tadi masing-masing macam dah shahid. Rupanya ya masih lagi shahid. So kejut sorang-sorang supaya dia orang boleh prepare for next activity iaitu riadah badminton dengan penduduk kampung. Tapi yang kelakarnya, dia orang semua keluar untuk tengok game Badminton, Azie pulak yang shahid petang tu hahahahahaha

Okay mari tengok gambar-gambar yang ahli PubPro lain ambil.












Lepas Maghrib kami adakan Quran Recitation bersama penduduk kampung and malam tu pulak kami ada Movie Digest. Movie yang team module pilih ialah movie Laskar Pelangi. Pasal pendidikan anak-anak di sekolah agama biasa macam tu lah. Azie belum tengok lagi movie ni tapi yang pasti Azi suka gila dengan lagu Laskar Pelangi.














Menarilah dan terus ketawa....
Walau dunia tak seindah syurga....
Bersyukurlah pada yang kuasa...
Cinta kita di dunia, selamanya...


Ohh kan kat Sabah ni satu jam lagi awak dari KL. Contoh macam Subuh pukul 4:45am. Zuhur pukul 12:30pm, Asar pukul 3:30pm, Maghrib pukul 6:30pm dan Isyak pukul 7:45pm. Senang cerita kat Sabah ni satu jam lebih awal lah.

So waku tidur dia orang pun lebih awal dari kita. Dia orang selalu masuk tidur dalam pukul 9pm-10pm macam tu. Lagipun dia orang ramai yang bangun awal untuk pergi kerja, ada yang nak pergi kebun. Jadi kami kena biasakan diri tidur lebih awal. Satu perkara yang kena take note jugak kalau nak buat activity kena make sure sama dengan timing target group.

Okay bersambung ke next post :)


Teaser untuk next post:











Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...